Kerajaan telah memperuntukkan lebih RM2.03 bilion melalui Bantuan Banjir Keluarga Malaysia. Ini termasuk bantuan tunai, pembiayaan dengan kadar 0% dan baucar membaiki kenderaan yang rosak bagi membantu rakyat terkesan membina semula kehidupan dengan segera, demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Semoga kesemua inisiatif ini dapat membantu meringankan beban #KeluargaMalaysia yang terkesan akibat banjir.
- Dato' Ismail Sabri Bin Yaakob (Perdana Menteri Malaysia)
Bantuan Banjir Keluarga Malaysia
01
Bantuan Tunai
Kerajaan serta agensi-agensi berkaitan bersepakat menyalurkan bantuan tunai bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi mangsa-mangsa banjir.
02
Pembiayaan
Pelbagai bantuan pembiayaan pada kadar 0% dan moratorium selama 6 bulan telah disediakan bagi mangsa-mangsa banjir memulihkan kehidupan mereka segera.
03
Bantuan Komuniti
Penyediaan bantuan keperluan asas serta tenaga kerja tambahan oleh Kerajaan dan agensi-agensinya bagi kerja-kerja pemulihan akibat banjir.

RM2,500
SUMBANGAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS
Bantuan banjir sebanyak RM2,500 oleh Kerajaan bagi mengganti peralatan dan perabot yang rosak serta kediaman yang ditenggelami air.
SEHINGGA RM1,800 PER HEKTAR
KEPADA PESAWAH YANG MENGALAMI KEMUSNAHAN TANAMAN PADI
Suntikan bantuan tambahan RM20 juta disediakan bagi Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) untuk pengusaha Agromakanan yang terjejas akibat banjir. Sehingga RM1,800 bagi setiap hektar dengan had maksimum 3 hektar diberikan kepada pesawah yang layak.
SEHINGGA 50%
BANTUAN BAGI KERUGIAN KEPADA PETANI, PENTERNAK & PELADANG
Dana tambahan sebanyak RM50 juta disediakan bagi Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan bagi pengusaha pertanian lain. Petani, penternak serta peladang juga layak memohon bantuan sehingga maksimum 50% daripada jumlah kerugian yang dialami.
Bantuan Banjir Keluarga Malaysia
Pembiayaan
Bantuan Banjir Keluarga Malaysia
Bantuan Komuniti

Ikuti inisiatif-inisiatif bajet 2022 yang boleh dimanfaatkan di portal
budget.mof.gov.my/manfaat

Kementerian Kewangan Malaysia
No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 WP PUTRAJAYA