A) UMUM
1. Apakah itu Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA)?
Kerajaan melalui Belanjawan 2021 telah meluluskan peruntukan bagi penubuhan Tabung Bencana Pertanian (TBP). Tabung ini adalah bertujuan membantu meringankan beban kumpulan golongan sasar yang terkesan akibat bencana.
Namun nama tabung ini kemudian ditukar kepada Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) selaras dengan kaedah bantuan yang disampaikan adalah berbentuk in-kind bagi membangunkan semula projek golongan sasar akibat bencana.
Bentuk bantuan di bawah tabung ini akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal PPSPA dan diluluskan oleh Jawatankuasa Induk PPSPA sama ada berbentuk input pertanian atau bantuan peralatan/mesin, bantuan peralatan perniagaan atau lain-lain bentuk bantuan secara in-kind bagi membantu memulihkan projek kumpulan sasar serta mekanisasi dan automasi ladang dan bukan bertujuan membayar ganti rugi kerosakan akibat bencana.
2. Siapakah yang layak mendapatkan bantuan PPSPA?
Kumpulan Sasar bagi program ini adalah golongan Petani, Penternak, Nelayan, Pertubuhan Peladang, Pemasar Agromakanan, Pengusaha Akuakultur, Pengusaha Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT), Pengusaha Agropelancongan dan Persatuan/ Koperasi berasaskan pertanian yang berdaftar dengan Jabatan dan Agensi yang berkaitan.
B) PERMOHONAN
3. Bila saya boleh memohon untuk program PPSPA?
Permohonan dibuka mulai 2021 hingga 2022.
4. Bagaimanakah cara untuk memohon PPSPA?
Semua permohonan PPSPA perlu melalui Jabatan dan Agensi di Daerah atau Negeri. Senarai Jabatan dan Agensi adalah seperti berikut:
- a) Jabatan Pertanian
- b) Jabatan Veterinar
- c) Jabatan Perikanan
- d) Lembaga Pertubuhan Peladang
- e) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
- f) Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
- g) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
- h) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
- i) Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
- j) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
- k) MAFI Sabah
- l) Kementerian Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED Sarawak)
Permohonan ini kemudiannya akan dikemukakan oleh Jawatankuasa Teknikal di peringkat Jabatan. Seterusnya dikemukakan kepada Jawatankuasa Induk PPSPA MAFI di peringkat Kementerian untuk pertimbangan dan kelulusan.
5. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon?
Permohonan perlu dikemukakan kepada Pejabat Jabatan dan Agensi yang berkenaan Jawatankuasa Teknikal perlu memastikan setiap permohonan daripada kumpulan sasar yang terjejas dibuktikan melalui dokumen-dokumen yang lengkap seperti berikut:
- a) Borang permohonan bantuan (perlu disahkan oleh Pengarah Negeri);
- b) Menyediakan senarai nama dan salinan Kad Pengenalan kumpulan sasar yang terlibat;
- c) Salinan Laporan Polis (satu laporan satu kawasan/satu kerosakan/kerugian);
- d) Laporan siasatan oleh Jawatankuasa Teknikal;
- e) Gambar / Video yang berkaitan dengan kejadian bencana;
- f) Menyediakan anggaran kerugian bencana yang terlibat;
- g) Perakuan permohonan pada peringkat negeri atau setara sebelum permohonan dikemukakan ke Jawatankuasa Teknikal PPSPA; dan
- h) Menyediakan lain-lain dokumen sekiranya bersesuaian.
6. Siapakah yang saya boleh hubungi jika saya mempunyai sebarang pertanyaan?